Tuesday, March 9, 2010

it is the confession of heart






aku rindu mak ayah aku kat kampung, da 3 bulan x balik umah, rase mcm nak jerit kuat2 ckp aku rindu mereka...

aku rindu adik kecik aku...yang aku selalu panggil itam tp hakikatnya comel...

aku rindu kucing aku, yang br berapa bulan lahir da tempang dipatahkan kakinya oleh ank2 sedara aku (-_-*)...

aku rindu sahabat karib aku, means my dearest sis yang aku da lame tak tengok....

aku rindu kehidupan aku yang dulu, yang penuh dengan kebenaran dan kejujuran tanpa perlu berselindung.....

aku rindu bf aku, even walau selalu contact, tp ati tetap sebak memikirkan kemesraan yang selalu ada....

aku rindu anak2 kecil yang selalu berkejaran mnghampiriku, ble aku pulang, memelukku erat2, xmau dilepaskan, khuatir ditinggalkan,...

aku rindu semua kemesraan dan keintiman itu,

aku rindu nenek,

yang wajahnya sentiasa tegang, tp aku pasti hatinya senang dengan kehadiran ku...

aku rindu kepanasan di kota melaka, kerana walaupun panas, aku masih mampu merasa sejuk dan dingin kerana keasyikan bersama mereka..

aku rindu segala hidupku yang membenarkan kewujudanku, dan menghalang pemergianku, menghargai kehadiranku, dan mengharapkan kedatangan ku........

dan aku xperlu berselindung ble bersama mereka semua..
aku mampu jadi diri aku, dan disukai dan disayangi....

tempat ni terlalu sunyi untuk hatiku.... mereka wujud, tapi kaku...perasaan mereka menipu, ekspresi mereka sekadar ilusi....

dinding yang mereka cipta, sengaja meletakkan jurang antara aku dan mereka..seolah2 aku terlalu berdosa untuk bergaul dengan mereka,

seolah2 hinanya mereka ble aku dirapati....

saat ini, hati sayu... dan mataku, mampu menitiskan jenih2 air ble2 mase andai hati ini terlalu lemah...

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template