Friday, April 23, 2010

AKU

aku memang macam ni....
xmampu nk berpidato, berbahas atau ape sahaja yang melibatkan pandangan
pemikiranku pasti kalah
sebb itu aku selesa bekerja sendiri
selesa digelar tidak berkawan.....

semacam mengenali aku...
memahami aku konon
menyayangi aku agaknya...
tp, mengapa sekarang baru mahu muncul diri?
mengapa sekarang br kau ertikan rase kasih?
perbuatan aku salah??
tp, pernah kau terfikir mengapa aku menjadi sebegitu???
pernahkah terlintas di fikiran kau untuk menyalahkan diri sendiri??
kerana tidak cukup menatangku???

"i ve grown bigger enough to decide my destiny" mungkin ungkapan yang menyulitkan....
tp, aku sedar..
aku begitu terdidik dengan pengalaman walau x mampu melawan pengalaman mu

aku punya hati,
punya pendapat sendiri,
punya keinginan
punya perasaan dan cita-cita....
aku hanya ingin mengungkapkan
mungkin secara praktikal agak mustahil....
jadi aku gantikan pena sebagai suara ku...
hanya di maya itulah impian ku....
aku merayu...
tolonglah jangan terjun ke dalam konklusi yang "sumpah demi allah" tak pernah terlinats di hatiku....

aku remaja, saat ini, hatiku berbunga-bunga untuk cinta...
dan aku pasti, manusia seusiaku sepanjang hayat mereka juga berperasaan seperti ku....
begitu ingin memiliki pasangan, begitu ingin diberi kasih sayang
tapi aku hairan, mengapa tatkala aku meluahkan ada yang mempertikaikan....

aku punya rancangan hidupku sendiri....
aku ada hala tuju, impian dan perancangan hidup
perlukah aku ceritakan semuanya pada mereka
sedangkan itu hidup aku.... dan sudah pasti, tiada manusia yang mahu sengsara, begitu juga aku
mengapa mempertikaikan cita-citaku....

aku.. sedih saat ni.... hatiku... pedih sekali
aku sedang mencari jawapan...
mengapa keistimewaan yang kau cipta bukan padaku, tp kau mampu berikan pada org lain..

aku jujur mengatakan. aku kadang-kadang terlalu terbuka, tp salahkah aku berkongsi keinginan ku?? pabila aku diam, kau persendakan aku...

aku kadang-kadang terfikir, bagaimana Ilahi sangat berkuasa menyusun rentak hidupku sebegini.... aku bersyukur... peluang untuk menimba pengalamn sangat terbuka di depan mata.....

tp, salahkah, bila aku nyatakan aku lebih gembira bersama org lain daripada bersama mereka?? bukan ku cipta rasa itu, ia natural.... yang hadir kerana situasi...

aku mohon... kalu kau tidak mampu mendengar keramat suaraku, paling tidak berilah ruang untukku meluahkan... secara baik, mungkin sama-sama boleh perbaiki diri... yakin aku, kau bukannya sempurna, tp mengapa mesti berbicara seperti "aku tidak pernah melakukan dosa". kerana aku juga hambaNya yang hina....

aku takut, madahku ini melukakan sesetengah hati... merosakkan sesetengah ikatan.. biar apa org kata, kali ni yang terluah apa yang selalu bersarang di fikiran....
kalu aku salah, perbetulkan aku... tp dengan cara baik.... tolonglah, aku melutut, jangan menengking atau menyindir, kerana aku sgt mudah terusik.. aku khuatir, aku melakukan sesuatu yang mindaku tak pernah terfikir....
kalu aku kau anggap salah, berilah peluang pada mindamu untuk berfikir, paling kurang "sebab&akibat" bukannya menuduh tanpa unsur periksa....

maafkan aku.. mungkin kau sedar, keratan ini ku tulis buat mu... mungkin aku kasar, mungkin aku bukan seangkatan denganmu.....
tapi, mengertilah aku demi perikemanusiaan.....

semua membaca, siapa2 saja mungkin sedang melihat dan berfikir.... dan, aku percaya, kuasa tuhan ada di mana-mana. dijadikan jalan cerita hidupku sebegini kerana hikmahnya.... sebegitu juga engkau....
ASSALAMUALIKUM W.B.T

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template