Wednesday, August 25, 2010

Israel Mengulangi Penghinaan Kepada Dunia Melalui Laporan Mereka Terhadap Insiden Serangan Flotilla Bantuan Kemanusiaan

alhamdulillah, saya terjumpa website ini... dan saya teringin sgt2 berkongsi betapa kejamnya yahudi!!!

Tindakan Zionis Israel menerbitkan laporan tentera mengenai serangan ke atas kapal-kapal Konvoi Flotilla Bantuan Kemanusiaan ke Gaza merupakan usaha mereka untuk mengurangkan tekanan dunia yang mendesak siasatan antarabangsa yang bebas ke atas tragedi tersebut. Malahan butiran dalam laporan tersebut jelas menunjukkan sikap angkuh dan menghina secara berulang-ulang rejim Zionis itu terhadap masyarakat dunia.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya siasatan Zionis yang dipimpin oleh Mejer Jeneral Giora Eiland tersebut, Israel tetap mempertahankan tindakan pasukan komando tentera menjalankan operasi dengan perancangan untuk berhadapan dengan senario serangan yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Mereka mendakwa terdapat kesilapan besar dalam maklumat-maklumat yang mereka perolehi, di samping kesilapan dalam membuat perancangan dan perlaksanaan operasi menghalang konvoi bantuan kemanusiaan tersebut.

Tidak ada sebarang dakwaan dibuat ke atas mana-mana anggota tentera laut yang terlibat dengan pembunuhan 9 orang aktivis kemanusiaan di atas kapal Mavi Marmara, walaupun mereka sebenarnya telah merampas kapal-kapal dan menyerang kumpulan aktivis dari kalangan masyarakat awam yang tidak bersenjata. Mereka telah membunuh dari jarak dekat, bukan sahaja terhadap aktivis-aktivis awam yang mempertahankan diri, malahan juga terhadap Cevdet Kiliclar iaitu seorang juru gambar yang sedang bertugas dan juga Furkan Dogan, 19 tahun, yang sedang merakam video di tempat kejadian.

Cevdet ditembak tepat di bahagian dahinya, manakala Furkan dibunuh dengan 5 tembakan dari jarak dekat walaupun ketika itu beliau sudahpun mengalami keceraan parah. Berdasarkan kepada laporan autopsi, sejumlah 30 butir peluru ditemui dalam badan 9 orang mangsa-mangsa berkenaan. Anehnya, sejenis peluru ganjil yang tidak meletup telah ditemui di dalam tengkorak Cevdet. Ahli forensik melaporkan bahwa peluru seperti itu biasanya digunakan untuk operasi memecahkan pintu-pintu dan kawalan rusuhan, yang dipanggil “bean bag round”. Bahkan, sepanjang operasi serangan dan tangkapan ke atas konvoi tersebut, tentera Israel membunuh dan mencederakan aktivis dengan menggunakan senjata canggih berpandu laser.

Bagaimanapun, laporan tentera Israel tersebut langsung tidak menyebut tentang tindakan-tindakan brutal anggota tentera mereka ini. Sangat pelik sekiranya Israel mendakwa anggota tentera laut mereka melakukan kesilapan atau membunuh secara tidak sengaja, atau membunuh kerana mempertahankan diri. Kerana apa? Kerana tentera yang menyerang ini adalah merupakan skuad elit Naval Special Force, iaitu Shayetet 13 yang dilatih khas dengan kepakaran dalam pencerobohan dari laut ke darat, misi pembunuhan dan misi sabotaj. Malahan, armada tentera laut tersebut telah disertai oleh lebih 30 buah bot-bot laju zodiac, 4 buah kapal perang, 2 buah kapal selam dan sejumlah helikopter. Adakah ianya suatu kesilapan apabila Israel menghantar armada tentera laut sebegitu besar hanya untuk berhadapan dengan aktivis awam yang tidak bersenjata?

Dalam laporan berkenaan, Israel meletakkan kesalahan hanya ke atas Ketua Komandan Tentera Laut, yang mana reputasi beliau di kalangan masyarakat Zionis sebelum kejadian ini telah rosak teruk. Apakah hanya beliau yang bersalah? Sedangkan, tidak ada sebarang operasi ketenteraan boleh dijalankan kecuali dengan kebenaran daripada Perdana Menteri Banjamin Natanyahu, Menteri Pertahanan Ehud Barak, dan juga Menteri Luar Avigdor Lieberman.

Laporan tersebut juga mendakwa bahawa aktivis di atas kapal Mavi Marmawa bertanggungjawab memulakan serangan ke atas tentera laut Israel ketika mereka menceroboh masuk ke atas kapal. Ingat! Tidak ada sebarang senjata di atas kapal berkenaan, malahan senjata yang dirampas dari komando-komando yang ditangkap telah dibuang ke dalam laut. Malahan, kapal malang tersebut telah diserang dengan bom-bom asap dan bom-bom cahaya yang ditembak dari bot-bot laju, kemudian diserang lagi dengan tembakan peluru getah, paint-ball dan peluru hidup dari dalam helikopter. Israel dengan jelas mereka-cipta cerita bagi mempertahankan tindakan ganas tentera mereka.

Tidak langsung disebut tentang tindakan mereka menyerang 588 penumpang kapal Mavi Marmara tanpa amaran di perairan antarabangsa.

Sejarah membuktikan bahawa Zionis tidak akan sekali-kali mengaku bersalah, apa lagi memohon maaf.

Namun, masyarakat dunia harus terus mendesak Zionis Israel agar bertanggungjawab terhadap serangan brutal, tidak ubah seperti lanun yang tidak bertamaddun, ke atas masyarakat awam yang hanya berusaha membantu manusia lain yang sangat-sangat memerlukan. Jika anda bercakap tentang hak-hak kemanusiaan, undang-undang mahupun nilai-nilai kemanusiaan antarabangsa, ingatlah bahawa usaha mendakwa Israel ke atas semua perlanggaran hak kemanusiaan sepatutnya disebut terlebih dahulu.

Kita perlu terus mendesak supaya diadakan pasukan yang bebas dan berkecuali untuk menyiasat kejadian tersebut secara menyeluruh, memandangkan suruhanjaya penyiasat tentera yang ditubuhkan oleh Zionis Israel jelas menunjukkan sikap berat sebelah dan menggelapkan faktor-faktor penting daripada laporan mereka.

Mungkin Zionis merasakan kes serangan ini sudah boleh ditutup dan dilupakan dengan terbitnya laporan tersebut.

Oh ya! Laporan yang dikeluarkan oleh Zionis Israel itu hanya layak untuk dibuang ke dalam tong sampah.

[mnma/LL4G]

from: http://www.lifeline4gaza.org/2010/07/15/israel-mengulangi-penghinaan-kepada-dunia-melalui-laporan-mereka-terhadap-insiden-serangan-flotilla-bantuan-kemanusiaan/

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template