Tuesday, September 14, 2010

subhanallah~

Bismillahi-Rahmanir -Rahim.
Assalamualaikum saudara dan saudari,

Nama saya Mohammad Farid A. Hamid

Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah
memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja.
Saya
harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada
lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya
untuk
menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap
ini,
sekurang-kurangnya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat
panas,
sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat
makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu
saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan
langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas,
serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir
seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang
untuk
membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam
dalam
air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya
tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan
segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul
ribut
dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang
anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan
ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang
diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum
membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya
kecuali air hujan didalam lopak-lopak Saya bersama-sama orang-orang
lain
yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong
menolong
kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka. Sedang saya
melutut
membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada
saya
dan mengatakan, "Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum
dan
sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh.
Ajarkan
lah kepada yang lain" Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya
orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu,
menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat meihat capal yang
dipakai
oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan
orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti
orang-orang
lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.

Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu
saya
mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian
terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan
kepala
saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu
tetap
bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada
difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin
Allah,
banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam
majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam
mimpi
saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat
kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu
itu.
Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran,
adaah
benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak
mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya, dan
berkata,"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana
pada
hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan
ajarkan
ayat-ayat itu kepada yang lain".

Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini
kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin,
serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan
berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk
membantu
dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah
pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati
Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan
ajarkan
kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.

Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template