Monday, July 11, 2011

mukjizat di tangan ku!!!

petang tu, berlaku salah faham, ujian dan juga petunjuk dr ilahi...

aku, seakan2 marah kepada sahabatku kerana xbersetuju dengan pendapatku. bergejolak rasa amarah dalam hati, dada seperti berombak2...

tp allah lebih mengetahui. hatiku digerakkan supaya memanfaatkan mukjizat yang kubawa. iaitu AL-QURAN.

tanpa berlengah, ku buka lembaran suci itu. kubaca firman2Nya... dan tidak semena2 , amarahku lesap.dalam beberapa minit, aku terlupa akan perasaan marahku pada sahabat td. hati sangat tenang dan selesa. sedangkan ayat2 yang kubaca langsung tidak berkait dengan situasi itu.

aku akui, allah maha mengetahui dan maha mengerti akan segala sesuatu yang kuingini.

Mukjizat itu jelas sekali membantu ku. hati jadi tenang, yang ada hanyalah kalimat2 suci dalam fikiran dan HATI..

bersyukur padaMu ya Allah, memberi aku petunjuk akan kekuasaan Mukjizat Rasulullah ini. alhamdulillah...

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template