Wednesday, August 31, 2011

hari raya di New Zealand



salam syawal buat semua. selamat menyambut hari kemenangan umat islam dalam melawan nafsu selama sebulan di bulan ramadhan. Tapi, berfikir tentang diri sendiri, layakkah diri menyambut raya andai bulan ramdhan pun x dilalui dengan penuh bermakna..






ni first time saya raya di perantauan, mula-mula xde langsung rasa sedih dalam diri, kononnyer tough la. haha. tapi, di pagi raya, saya menunaikan solat sunat hari raya di perkampungan indonesia sekitar auckland, New Zealand (Freemans Bay). Kebanyakan mereka yang hadir ada wajah kemelayuan, menambahkan lagi sebak di hati, sebab mereka langsung tiada pertalian darah dengan kita, aka, not my family. But, who knows, Allah is the best planner. the truth is, they ARE my REAL family kerana semua muslim adalah bersaudara. walaupun tak saling mengenali, tapi hati seronok berada dalam komuniti Islam di tanah yang sangat asing dengan Islam, tp membawa Islam yang sebenar.






Seronok, itulah perasaan di hari raya. tp seronok kerana apa? sebab dah xpayah puasa? or boleh makan? or dapat duit raya? or dapat baju raya? which one is ONE guys? Itulah yang peliknya, sambut raya tapi bukan kerana matlamat yang betul. Raya? Easter pon hari raya, Deepavali pon hari raya and even more like Chinese new year and so on. jadi apa beza kita beraya? adakah sama kefahaman kita dengan kefahaman mereka?






Memikirkan ini, saya sangat bersyukur, kerana Allah bukakan hati saya untuk melihat sebab sebenar kenapa kita harus meraikan 1 syawal. Kenapa yer?






sebab 1 syawal adalah untuk menyambut kelahiran individu Muslim yang baru, yang suci dari dosa. yang Yang Maha Esa telah ampunkan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, andai ramadhan dilalui dengan penuh ketumpuan kepada Allah. bukan lagi Insan brdoasa yang meletakkan agama di belakang, dan pentingkan study, makan, game, facebook etc..



kenapa kita kena pentingkan agama wahai kawan2 seagama ku sekalian?






kerana...






ISLAM itu adalh cara hidup, iaitu kehidupan kita sendiri. Being a Muslim is being ISLAMIC no matter in what u are doing.




sangat susah untuk saya beritahu keseronokan menjadi seorang Muslim, melainkan kalau kawan-kawan sendiri mencari keseronokan itu sendiri? how? the first step is: berdoalah, mohon petunjuk, hidayah/ hati dipandu ke arah islam yang sebenar non stop!! :) until u reach a point, ur doa is granted





~ selamat berjaya~

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template