Friday, August 19, 2011

jom belayar di bahtera baru :)

sapa kat sini ada boyfriend dengan girlfriend? Angkat tangan!!!

oklah, of coz lah saya xnampak anda angkat tangan kn, tp saya pasti mesti ramai yang angkat tangan..kihkihkih (yakin je erk)

tp betul, itu perkara biasa zaman sekarang.... anak muda kalau xde pasangan xsah, lebih2 lagi di negeri orang nie. hari2 nampak perbuatan yang xsepatutnya.. nauzubillah...

teringat pula kisah percintaan antara Rasul kita Muhammad SAW dengan isterinya,Siti Khadijah r.a. Api cinta mereka xpernah padam, dan yang paling best disemai dengan cara yang suci. melalui ikatan perkahwinan.

Padahal Siti Khadijah 20tahun lebih tua dr Rasulullah SAW sendiri. Bagaimana Allah menemukan dan menyemai cinta mereka. Bagaiman Rasulullah sangat menyayangi Siti Khadijah adalah sangat sukar digambarkan.

bestnya kalau dapat bercinta macam mereka, disemai dengan kasih sayang berlandaskan agama...

kawan-kawan, bercinta tak salah, tp mengapa harus dicemari dengan perbuatan yang merosakkan agama seperti berpegangan tangan dan berdua-duaan??

Sebenarnya, Saidina Ali sangat2 mencintai Siti Fatimah (puteri Rasulullah SAW) lama sebelum mereka berkahwin, begitu juga sebaliknya. tapi mereka berdua tidak pernah mencampuri perasaan mereka dengan perbuatan maksiat sebegitu. Betapa mereka memelihara agama, sehingga Allah menemukan mereka.

Mungkin pengisian saya tak banyak input, tp saya hanya cuba membuat sahabat2 semua berfikir, agak-agak apakah kesudahan cinta anda semua??? Tepuk dada tanya selera. Tapi lebih baik tadah tangan mohon petunjuk dr doktor cinta yang sebenar , ALLAH SWT :) wallahualam~


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?39d16274c2316da284fd199d1c6a55ed

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template