Sunday, September 18, 2011

hujan emas


hampir 8bulan berada di perantauan, tapi hati tetap di semenanjung. nasib baik, sini xbanyak sangat perbezaannya dengan tanah air. semuanya lebih kurang... tapi, ada lah jugak perbezaan kn eg: cara hidup,makanan,tempat tinggal dan cuaca....

kat sini nk cite pasal cuaca.. Sangat menggila cuaca kat Auckland. lam 5 minit hujan, 5 minit jap lagi panas. hujan panas, hujan panas..hmph...

Tapi kita suka hujan :D bila tengok hujan,teringat pantai timur dekat Malaysia.



SOb3, rindu nk balik tanah air~ wuwuwu~


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?39d16274c2316da284fd199d1c6a55ed

Wednesday, September 7, 2011

kenapa aku berdoa..

Assalamualaikum wbt,

salam sejahtera sahabat sekalian, tiba2 teringat pula zaman-zaman sewaktu aku disaluti jahiliyah yang pekat. sangat pekat sehingga aku rasa aku akan mati dalam keadaan yang sangat hina. Aku buat macam-macam perkara dunia yang menjanjikan keseronokan palsu, yang akhirnya lenyap ditelan waktu.

perkara Jahiliyah itu apa? kalau ikut zaman Rasulullah ialah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Tapi aku mestilah tak sembah berhala, dan aku cukup bersyukur yang aku x sembah berhala. Tapi, aku juga tidak beriman waktu itu, hanya memnuhi kekosongan jiwa dengan hiburan, dunia dan keseronokan zahir pada pandangan mata.


Time tu, ingat je Allah, tapi sekadar angin lalu. Syaitan selalu membisikkan, "Tuhan kau dah tak sayang kau, buat apa nak bertaubat" atau " kau ni dah banyak dosa, langsung tak ada harapan nak masuk syurga dah!!" bisikan-bisikan tu menjadi peneman setia saat Pencipta ku aku lupakan hari demi hari.

Padahal hakikatnya sebaliknya. Memang aku berdosa pada saat itu, tapi Allah itu Maha Penyayang. setiap ketika hatiku terdetik saat melakukan dosa. Perasaan bersalah bermain di jiwa sebgai mesej yang Pencipta ku hantar kepadaku. Seronok? boleh la, dalam seketika je, lepas tue jiwa diselubungi pilu dan sepi kembali..

Syaitan itu salah!!! Penciptaku xpernah berhenti menyayangiku. aku bersyukur, kerana Allah masih menggerakkan hatiku untuk berdoa, dan berdoa dan berdoa. DOA seorang pelaku dosa. Tapi aku tetap berdoa dan berdoa dan berdoa. Setiap saat aku berdoa, lepas buat dosa aku berdoa, dalam kesunyian aku berdoa dan di mana-mana aku berdoa. dan doaku hanyalah doa yang sama "yang Allah, berikan aku petunjukMu." kuulang dan kuulang dan kuulang walau masih terpalit jahiliyah dalam jiwa. tapi aku xpernah putus harapan.

dan Alhamdulillah, Tuhanku Maha Mendengar dan Penyayang. Doaku dimakbulkan, petunjuk diberi dan saat ini, bekas pelaku dosa ini terasa sangat dekat denganNya. sangat seronok dan bahagia. Terima Kasih Allah..

jadi, kenapa ragu-ragu untuk berdoa? sedangkan Allah itu Maha Agung. Setiap saat mendengar rintihan hambaNya....... Apa saja dosa yang kau buat, atau kesalahan yang kau rasa dah xmampu nak diselamatkan lagi, mintalah dengan Tuhanmu, Tuhanku iaitu Allah Yang Maha Esa.

Andai diri terasa jauh dari Nya, tadahlah tangan, Mohonlah dari Allah apa sahaja yang kau perlukan dengan keyakinan dalam hati bahawa ALLAH PASTI MENGKABULKAN DOAMU. dengan kesungguhan dan keinginan. Allah, sungguh aku berserah sepenuhnya kepadaMu setelah Engkau memberikan aku nikmat Islam yang sebenar yang xternilai ini.

Monday, September 5, 2011

kupanjatkan syukur~

assalamualaikum, salam sejahtera.

hari ini, hidup diteruskan lagi.dengan izin Allah aku masih bernyawa dan masih mampu untuk bersujud dan menyembahNya yang Maha Esa. Kasihnya Allah kepadaku tersangatlah tinggi. Nafasku percuma, kudratku tidak berbayar. yang Allah pinta hanya beriman dan bertakwa kepadaNya.

Aku panjatkan syukur kepada Allah, kerana memberi aku kefahaman dalam agamaNya yang agung. Mengizinkan aku untuk beribadat kepadaNya. Allah, andai Kau mahu, mungkin aku boleh jadi tersesat di mana-mana jalan, termuntah, mabuk, tidur dengan orang yang tak dikenali. Tetapi kerana Engkau menghendaki juga, Kau sucikan aku dari kekotoran dunia itu. SYukur kepanjatkan kepadaMu kerana mengizinkan aku terus mengingati MU.

Syukur kupanjatkan kepadaMu kerana mengurniakan aku kesedaran, akhlak dan juga peluang untuk aku memperbaiki diri. kerana dengan izinMu, aku masih lagi bertahan dalam jalan yang penuh liku ini.

Syukur kupanjatkan kepadaMu kerana mengizinkan aku memahami erti sebenar kehidupan dan memahami jalan yang sepatutnya aku pilih. kerana keindahan syurga yang ENgkau gambarkan sentiasa menghangatkan ibadahku kepadaMu. dan kerana kasih sayangMu jua, Engkau biarkan aku dikelilingi biah yang sejati....

namun aku sedar, syukur ini tidak akan mampu menandingi nikmat2 yang Engkau kurniakan~

Bersyukurkah anda?
 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template