Monday, September 5, 2011

kupanjatkan syukur~

assalamualaikum, salam sejahtera.

hari ini, hidup diteruskan lagi.dengan izin Allah aku masih bernyawa dan masih mampu untuk bersujud dan menyembahNya yang Maha Esa. Kasihnya Allah kepadaku tersangatlah tinggi. Nafasku percuma, kudratku tidak berbayar. yang Allah pinta hanya beriman dan bertakwa kepadaNya.

Aku panjatkan syukur kepada Allah, kerana memberi aku kefahaman dalam agamaNya yang agung. Mengizinkan aku untuk beribadat kepadaNya. Allah, andai Kau mahu, mungkin aku boleh jadi tersesat di mana-mana jalan, termuntah, mabuk, tidur dengan orang yang tak dikenali. Tetapi kerana Engkau menghendaki juga, Kau sucikan aku dari kekotoran dunia itu. SYukur kepanjatkan kepadaMu kerana mengizinkan aku terus mengingati MU.

Syukur kupanjatkan kepadaMu kerana mengurniakan aku kesedaran, akhlak dan juga peluang untuk aku memperbaiki diri. kerana dengan izinMu, aku masih lagi bertahan dalam jalan yang penuh liku ini.

Syukur kupanjatkan kepadaMu kerana mengizinkan aku memahami erti sebenar kehidupan dan memahami jalan yang sepatutnya aku pilih. kerana keindahan syurga yang ENgkau gambarkan sentiasa menghangatkan ibadahku kepadaMu. dan kerana kasih sayangMu jua, Engkau biarkan aku dikelilingi biah yang sejati....

namun aku sedar, syukur ini tidak akan mampu menandingi nikmat2 yang Engkau kurniakan~

Bersyukurkah anda?

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template