Friday, October 21, 2011

tiada perkataan semulajadi !!!

bila dengar perkataan semula jadi, pasti manusia akan terfikir yang sesuatu itu terjadi dengan sendirinya... sebenarnya, tiada apa di muka bumi ini yang semulajadi melainkan ada pencipta!! Saya bukan bercakap kosong. saya ada bukti ok??

Jom kita tengok contoh ini. Erm, bila kita tengok menara berkembar KLCC, kita pasti terfikir betapa tingginya bangunan itu. Wah, terernye orang yang buat jejambat kat tengah-tengah bangunan itu kn. Macam ne yer orang tu boleh terfikir nak buat bangunan itu? Berapa blok simen agaknyer digunakan untuk membina bangunan setinggi itu??? Ini adalah contoh benda yang manusia bina. MANUSIA. Kita percaya yang KLCC tidak akan terbina sendiri melainkan ada orang yang membinanya. Kalau kita percaya KLCC itu ada orang yang bina, kenapa tidak kita sandarkan penciptaan alam yang kita anggap 'semulajadi' itu kepada yang telah menciptakannya???

Korang nak bukti lagi, bahawa tiada apa atas dunia ini yang semulajadi? Okeylah, jom kita guna logik kita dulu sebelum kita dengar bukti yang sahih. Erm, korang nak minum air milo ais la kan. Cuba korang petik jari je, agak2 air tu jadi ke milo ais? Mesti lah air tu korang kena letak milo ngn susu dulu pastu bancuh kemudian baru letak ais. Barulah jadi milo ais yang nak diminum itu kan? Jadi, nak minum milo ais, tak dapat lah milo ais semulajadi kan, memang kena bancuh la kan?

Jelas taw, jelas yang sangat-sangat, setiap benda yang ada dekat dunia ini adalah dicipta. Allah dah nyatakan dah bahawa Dialah yang menciptakan semua ini...


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran (2:164)

Bukti yang jelas dan nyata kan? Allah cakap, alam ini Dia yang jadikan. Dialah yang Maha berkuasa ke atas sesuatu. Jadi kenapa bersandar kepada semulajadi??
Tak ke manusia rasa pelik apabila ada perbezaan agama? Padahal, mereka diciptakan sama macam manusia lain. Sama dari segi penciptaan tangan, kaki, mulut, hidung, telinga, mata, otak, akal. mungkin fizikal lain-lain. Tapi hakikatnya semua adalah diciptakan sebagai manusia. Dalam erti lain, kuasa yang sama menciptakan semua yang ada di muka bumi ini. Tapi, setiap orang mengagungkan Tuhan yang berbeza. Adil ke bagi yang telah menciptakan kita tu?

Berbalik kepada topik semulajadi tadi... kenapa perkataan 'semulajadi' itu wujud?? Padahal bukti yang sangat nyata telah terpampang depan mata. Senang jer, itu adalah untuk mempengaruhi keyakinan kita yang berpegang kepada garis hidup yang betul. Nak buat kita jadi tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.

Sedarlah rakan-rakan, bukan kita sahaja yang Allah ciptakan di muka bumi ini. tetapi banyak lagi. Kuda, rusa, ayam, kucing dan macam-macam lagi. Semua tu Allah yang ciptakan, jadi janganlah berpaling dan mendustakan kuasaNya. Ucaplah paling kurang subhanallah di atas penciptaanNya ini. Ada doa taw yang Allah suruh kita baca bila kita tengok alam:

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (3:191)"

semoga entri ini, membuat anda semua lebih berfikir tentang keajaiban penciptaan anda. amiin...

kalau ada masa lebih, tengoklah video ini, mungkin boleh memberi manfaat kepada kamu :)


wasalam...


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Monday, October 17, 2011

setting a high expectation

set a high expectation. itulah perkara yang mat2 saleh kat sini suka cakap. kalau expect low, dapat low katanye. kalu high expect dpt high. kepala hotak dia. amboi, kasarnyer..huhu

xde maknenyer pasal expectation ni dalam kehidupan sebenarnya.... kenapa kita mesti expect sesuatu? let say, awak buat sesuatu, and then expect apa yang awak buat menjad. let say kalau xjadi?? xke frust menonggeng nanti??

Tarbiah dalam jalan dakwah banyak mengajar saya tentang kehidupan.. kenapa perlu expect something?? Macam buat kerja xikhlas pon ade. apa? xclear expectation tu ape?

contoh-contoh:
study + exam =lulus??
masak + makan = sedap??
memberi + kebaikan = balasan??

duh!! apa sume nie?? kenapa mesti kita expect sesuatu in return apa yang kita buat?? pandai betul 'mereka2' mracuni fikiran kita kan....

Islam xpernah pun mengajar kita untuk mempuanyai expectation akan sesuatu. Sebab itulah wujudnya perkataan ikhlas. itulah dia. ikhlas lah!! nabi sendiri buat sesuatu xpernah minta balasan. kerana dia tahu apa sepatutnya dibuat, mana baik dan buruk. kan2..

bila kita mula expect something, percayalah, akan terbuka rongga2 dihati untuk bala tentera iblis menyerang... awaslah, bila berbuat sesuatu... ikhlaslah, dan jangan expect anything. kerana balasan allah itu lebih pasti indah berbanding dunia yang sementara...

pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan sekalaian. semoga dipermudahkan jalan ke syurgaNya.Amin...

Saturday, October 15, 2011

tanda-tanda Dia ada

padahal tengah buat assignment, dengar lagu Maher Zain, touching sorang-sorang. Sob2.. semua orang suka Maher Zain kot. hihi. tapi saya xde lah sampai jadi fanatic fan. bese2 je.hehe.. kenapa feeling? dengar lagu ape? haaa.... tu yang kita nak tahu...

Open your eyes, tu la tajuk dia :)

xperlu la nak tulis lirik lagu dia kat sini kan. tapi, nak highlight, apa-apa jer yang berada kat sekeliling kita ni adalah tanda bahawa Allah itu wujud. walaubagaimanapun, tak ramai yang menyedari..*sigh*


apa tanda-tandanya?


awan? ade orang kata, awan macam gula-gula kapas (saya la tu), haha. cantik kan..
kalau tengok lama-lama, nampak dia bergerak, perlahan je...cuba tanya, nak g mana cik awan oi, hihi. xkan dia nak jawab kan. Allah ciptakan awan untuk kita. sebagai tanda Dia wujud. tapi, kalau tengok awan bukan nak ingat Allah, tapi ingat gula-gula kapas?? sedangkan ALlah yang ciptakan nya.. cantik kan awan..



lagi2, erm... tengokla langit... kalau siang, luas membiru... kalau matahari terbenam, subhanallah, saya sendiri tak tahu macam ne nak describe... tengok jer, dan cuba fikir, 1H and 5Wife... (how, who, when, why and where) Allah jadikan ini sume??

apa lagi erk? pokok-pokok??


kalau kat new zealand ni, pokok-pokok sangat2 cantik. musim apa pun mereka tetap nampak cantik. ada orang suka bunga-bunganya, daunnya yang menghijau dan juga batangnya yang besar. macam-macam kan? tapi berapa ramai je yang fikir tentang
Allah bila tengok pokok?


padahal Allah sendiri ada cakap dalam Quran:

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkannya terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga pada rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit lalu ia hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya serta (pada) peredaran angin (semuanya itu) mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan) KeEsaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya serta keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (Al-Jaathiyah: 3-5)

Bukti yang paling nyata ialah dari Al-quran sendiri. Jadi kenapa ragu-ragu lagi manusia?? Orang-orang yang tidak beragama kata semua itu natures@ natural or whatever.. sebenarnya tak ada pape yang boleh terjadi dengan sendiri.Mana ada baju jadi sendir, orang jahit baru la ada, mana ada kereta tu muncul sendiri, orang jugak yang invent. so, natural apenyer kan. Alam ni pun ada penciptanya. Obviously, orang US xboleh buat pokok, awan, langit, sungai. sape lagi yang buat kalau bukan ALLAH..

jadi, ucapkanlah Alhamdulillah andai kita mampu melihat kebesaran Allah yang Maha Agung ini :)



Wednesday, October 12, 2011

matahari lambat turun!!!

sekejap-sekajap2 tengok jam. sekejap-sekejap tengok jam lagi. kenapa yer? sekarang sudah pukul 7.21 ptg, tp matahari bulat lagi di langit, yela xtenggelam lagi la maksud dia... lambatnyer dia turun.. haisy.

kenapa nak suruh dia turun cepat-cepat, suka ke kalau duk dalam gelap???
sebenarnya bukan matahari lambat, tapi kerana kita yang menunggu. tunggu punya tunggu. mestilah rasa kelambatan setiap detik yang berlalu.

aik, sempat pulak nk tunggu-tunggu. bukankah sebagai seorang umat islam, hidup kita harus sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang sepatutnya?? tak ingat dah ayat ape.. tp Allah swt ada cakap dalam Quran: Apabila selesai suatu urusan, penuhilah waktu dengan urusan yang lain pula. lebih kurang macam tu lah bunyinyer...

so, kalau penuhi masa sepenuhnya, takkan ada pon masa walau sedikit untuk tunggu sesuatu. contohnyer, menghitung hari nak kahwin ke, ahaks. menghitung hari nak balik malaysia ke.wee.. dan macam lagi..

memang penting menghitung hari-hari yang berlalu, tapi dalam masa yang sama lebih beerti andai diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri dan juga agama.

nak buat ape yer, nak tengok movie, tapi takut content tak sesuai. nak dengar lagu, boring lagu sama, nak buat ape lagi ni... membaca?? not my hobby!!

erm, kalau sume benda ko xnak buat, mesti ade je alasan nye cik pah oi!! usaha la sikit! emo lak. LOL. xdelah, kalau duk fikir tentang kebaikan sahaja pon dah berjam-jam, xjalan la apa yang nak dijalankan tue.

so, janganlah salahkan matahari andai ia lambat terbenam, kerana memang tu kelajuan yang Allah dah ciptakan untuk dia. Yang penting, kita isi masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat buat kita.

semoga diterima Allah ~amin~

jadik diri sendiri lah..

salam. hari ni entry berupa luahan hati.. manusia, normal la kalau rase sedih, happy, and all.

malangnyer, hari ini rasa sedikit sedih.. erm, banyak jugak kot.. huhu

kenapa? sedihla, bila time group work or anything to do with group, mesti susahnye nk dapat members. Yela, kita xrapat ngn sape2 pon. I was there when I am needed but not when I m in need. susah gak kan..

pastu terfikirla, kenapa agaknya dugaan kali ini mcm ni. hello, bukan nk bersungut k. tp muhasabah diri.. Am I a bad person? Am I a nasty woman? maybe they think so.

But why must they think so?? Kenapa yer. Teringat pulak banyak hadis pasal persaudaraan..

>> tidak sempurna iman seseorang apabila dia tidak menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.
>>Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa (al-Hujurat:12)

dan macam-macam lagi. yeah, maybe I am a bad person, tp boleh je nak think positive about me.

define bad person?? no idea.. . I dun noe how much I have changed, but still I cant satisfy everyone. ada je bahagian yang manusia lain xboleh terima.. sedih memang sedih..

tp, berbalik kepada soalan, kenapa Allah turunkan dugaan sebegini? kn2? bukan sume orang xde kawan rapat. setakat ni, rasa2nya I je yang mcm ni, ke terperasan? erk.

mungkin, sebab Allah lebih tahu sape yang terbaik untuk jadi kawan kita. Mungkin mereka tidak cukup baik untuk diri saya. or mungkin sebaliknya. xpelah, saya redha dengan kehendak Allah.

what makes me feel so happy of being me is that when thinking of the friends that Allah will give me in akhirat. Semoga dapat kawan2 macam sahabat2 Rasulullah, isteri2 Rasulullah... chewah, tinggi cita-cita :D tp itulah yang buat saya rasa lebih kuat.dan lebih berusaha...

saya, sebenarnya dah penat berubah sebab nak sedapkan hati orang pasal kita. suara kasar suh lembutkan dah lembut dah sekarang. LOL. jalan pon da macam pompuan.kihkihkih. tp, still ade lagi kelemahan2 yang orang xsuke pasal kita.

malas dah nak berubah. I want to be myself. and harap-harap sume orang pun belajar menerima kekurangan orang lain, because kalu saya berubah pon, saya xkan pernah menjadi manusia yang sempurna...

moga-moga entry ni jadi pengajaran buat sume insan manusia. Amin...

Monday, October 10, 2011

renungan


(¯`*• MANUSIA..MALAIKAT..SYAITAN •*´¯)


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah






Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)




Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !


Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Monday, October 3, 2011

the craziness in spring

my seniors told me that spring is the most beautiful season ever in new zealand. well, i do find some flowers blooming, but the weather is totally uncontrollable..

it has been raining for three days and I think I like rain :) the weather is crazy, sometimes it becomes very cold, and suddenly the sun shines... but I think I still like it. Looking through the window and see such differences ever happen..

What Allah did is totally amazing, I mean no one can ever afford to create such weather like that. well, u may predict, but U definitely cant change it. That is absolutely Allah's will.

The non-believers are really weird. They believe in possession, but agree nothing about they themselves being possessed by The Almighty. Even the rain is there, the sun shine, the blooming flowers and the night...

Thanks Allah, for making me realize of such beautiful creation of Yours. I love U Allah <3


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template