Wednesday, October 12, 2011

matahari lambat turun!!!

sekejap-sekajap2 tengok jam. sekejap-sekejap tengok jam lagi. kenapa yer? sekarang sudah pukul 7.21 ptg, tp matahari bulat lagi di langit, yela xtenggelam lagi la maksud dia... lambatnyer dia turun.. haisy.

kenapa nak suruh dia turun cepat-cepat, suka ke kalau duk dalam gelap???
sebenarnya bukan matahari lambat, tapi kerana kita yang menunggu. tunggu punya tunggu. mestilah rasa kelambatan setiap detik yang berlalu.

aik, sempat pulak nk tunggu-tunggu. bukankah sebagai seorang umat islam, hidup kita harus sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang sepatutnya?? tak ingat dah ayat ape.. tp Allah swt ada cakap dalam Quran: Apabila selesai suatu urusan, penuhilah waktu dengan urusan yang lain pula. lebih kurang macam tu lah bunyinyer...

so, kalau penuhi masa sepenuhnya, takkan ada pon masa walau sedikit untuk tunggu sesuatu. contohnyer, menghitung hari nak kahwin ke, ahaks. menghitung hari nak balik malaysia ke.wee.. dan macam lagi..

memang penting menghitung hari-hari yang berlalu, tapi dalam masa yang sama lebih beerti andai diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri dan juga agama.

nak buat ape yer, nak tengok movie, tapi takut content tak sesuai. nak dengar lagu, boring lagu sama, nak buat ape lagi ni... membaca?? not my hobby!!

erm, kalau sume benda ko xnak buat, mesti ade je alasan nye cik pah oi!! usaha la sikit! emo lak. LOL. xdelah, kalau duk fikir tentang kebaikan sahaja pon dah berjam-jam, xjalan la apa yang nak dijalankan tue.

so, janganlah salahkan matahari andai ia lambat terbenam, kerana memang tu kelajuan yang Allah dah ciptakan untuk dia. Yang penting, kita isi masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat buat kita.

semoga diterima Allah ~amin~

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template