Saturday, October 15, 2011

tanda-tanda Dia ada

padahal tengah buat assignment, dengar lagu Maher Zain, touching sorang-sorang. Sob2.. semua orang suka Maher Zain kot. hihi. tapi saya xde lah sampai jadi fanatic fan. bese2 je.hehe.. kenapa feeling? dengar lagu ape? haaa.... tu yang kita nak tahu...

Open your eyes, tu la tajuk dia :)

xperlu la nak tulis lirik lagu dia kat sini kan. tapi, nak highlight, apa-apa jer yang berada kat sekeliling kita ni adalah tanda bahawa Allah itu wujud. walaubagaimanapun, tak ramai yang menyedari..*sigh*


apa tanda-tandanya?


awan? ade orang kata, awan macam gula-gula kapas (saya la tu), haha. cantik kan..
kalau tengok lama-lama, nampak dia bergerak, perlahan je...cuba tanya, nak g mana cik awan oi, hihi. xkan dia nak jawab kan. Allah ciptakan awan untuk kita. sebagai tanda Dia wujud. tapi, kalau tengok awan bukan nak ingat Allah, tapi ingat gula-gula kapas?? sedangkan ALlah yang ciptakan nya.. cantik kan awan..



lagi2, erm... tengokla langit... kalau siang, luas membiru... kalau matahari terbenam, subhanallah, saya sendiri tak tahu macam ne nak describe... tengok jer, dan cuba fikir, 1H and 5Wife... (how, who, when, why and where) Allah jadikan ini sume??

apa lagi erk? pokok-pokok??


kalau kat new zealand ni, pokok-pokok sangat2 cantik. musim apa pun mereka tetap nampak cantik. ada orang suka bunga-bunganya, daunnya yang menghijau dan juga batangnya yang besar. macam-macam kan? tapi berapa ramai je yang fikir tentang
Allah bila tengok pokok?


padahal Allah sendiri ada cakap dalam Quran:

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkannya terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga pada rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit lalu ia hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya serta (pada) peredaran angin (semuanya itu) mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan) KeEsaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya serta keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (Al-Jaathiyah: 3-5)

Bukti yang paling nyata ialah dari Al-quran sendiri. Jadi kenapa ragu-ragu lagi manusia?? Orang-orang yang tidak beragama kata semua itu natures@ natural or whatever.. sebenarnya tak ada pape yang boleh terjadi dengan sendiri.Mana ada baju jadi sendir, orang jahit baru la ada, mana ada kereta tu muncul sendiri, orang jugak yang invent. so, natural apenyer kan. Alam ni pun ada penciptanya. Obviously, orang US xboleh buat pokok, awan, langit, sungai. sape lagi yang buat kalau bukan ALLAH..

jadi, ucapkanlah Alhamdulillah andai kita mampu melihat kebesaran Allah yang Maha Agung ini :)



0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template