Friday, October 21, 2011

tiada perkataan semulajadi !!!

bila dengar perkataan semula jadi, pasti manusia akan terfikir yang sesuatu itu terjadi dengan sendirinya... sebenarnya, tiada apa di muka bumi ini yang semulajadi melainkan ada pencipta!! Saya bukan bercakap kosong. saya ada bukti ok??

Jom kita tengok contoh ini. Erm, bila kita tengok menara berkembar KLCC, kita pasti terfikir betapa tingginya bangunan itu. Wah, terernye orang yang buat jejambat kat tengah-tengah bangunan itu kn. Macam ne yer orang tu boleh terfikir nak buat bangunan itu? Berapa blok simen agaknyer digunakan untuk membina bangunan setinggi itu??? Ini adalah contoh benda yang manusia bina. MANUSIA. Kita percaya yang KLCC tidak akan terbina sendiri melainkan ada orang yang membinanya. Kalau kita percaya KLCC itu ada orang yang bina, kenapa tidak kita sandarkan penciptaan alam yang kita anggap 'semulajadi' itu kepada yang telah menciptakannya???

Korang nak bukti lagi, bahawa tiada apa atas dunia ini yang semulajadi? Okeylah, jom kita guna logik kita dulu sebelum kita dengar bukti yang sahih. Erm, korang nak minum air milo ais la kan. Cuba korang petik jari je, agak2 air tu jadi ke milo ais? Mesti lah air tu korang kena letak milo ngn susu dulu pastu bancuh kemudian baru letak ais. Barulah jadi milo ais yang nak diminum itu kan? Jadi, nak minum milo ais, tak dapat lah milo ais semulajadi kan, memang kena bancuh la kan?

Jelas taw, jelas yang sangat-sangat, setiap benda yang ada dekat dunia ini adalah dicipta. Allah dah nyatakan dah bahawa Dialah yang menciptakan semua ini...


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran (2:164)

Bukti yang jelas dan nyata kan? Allah cakap, alam ini Dia yang jadikan. Dialah yang Maha berkuasa ke atas sesuatu. Jadi kenapa bersandar kepada semulajadi??
Tak ke manusia rasa pelik apabila ada perbezaan agama? Padahal, mereka diciptakan sama macam manusia lain. Sama dari segi penciptaan tangan, kaki, mulut, hidung, telinga, mata, otak, akal. mungkin fizikal lain-lain. Tapi hakikatnya semua adalah diciptakan sebagai manusia. Dalam erti lain, kuasa yang sama menciptakan semua yang ada di muka bumi ini. Tapi, setiap orang mengagungkan Tuhan yang berbeza. Adil ke bagi yang telah menciptakan kita tu?

Berbalik kepada topik semulajadi tadi... kenapa perkataan 'semulajadi' itu wujud?? Padahal bukti yang sangat nyata telah terpampang depan mata. Senang jer, itu adalah untuk mempengaruhi keyakinan kita yang berpegang kepada garis hidup yang betul. Nak buat kita jadi tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.

Sedarlah rakan-rakan, bukan kita sahaja yang Allah ciptakan di muka bumi ini. tetapi banyak lagi. Kuda, rusa, ayam, kucing dan macam-macam lagi. Semua tu Allah yang ciptakan, jadi janganlah berpaling dan mendustakan kuasaNya. Ucaplah paling kurang subhanallah di atas penciptaanNya ini. Ada doa taw yang Allah suruh kita baca bila kita tengok alam:

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (3:191)"

semoga entri ini, membuat anda semua lebih berfikir tentang keajaiban penciptaan anda. amiin...

kalau ada masa lebih, tengoklah video ini, mungkin boleh memberi manfaat kepada kamu :)


wasalam...


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template