Monday, April 23, 2012

jalan yang pelik

Allah, jalan apakah yang aku dah lalu ni? nak kata gelap banyak je lampu.. selamat je. Tapi orang sangat ramai.. ramai sangat-sangat. mereka sume ramah-ramah. memang jalan ni orang sangat-sangat suka nak lalu. yelah, cerah je. kalu jalan kat belakang bangunan sana gelap. dahla gelap, ade ramai pickpocket plak tue. Berpusu-pusu kot diorang ni. dah lama dah jalan, tapi masih belum sampai-sampai lagi. bila la nak sampai ni, da penat da ni.

kenapa aku seolah-olah tertinggal kat belakang?? lajunya mereka jalan. Huhu. Penat la nak lari. penat sangat-sangat. lari selaju mana pon, tapi macam x berpenghujung. Kenapa mereka semua xnak ajak aku jalan sekali dengan diorang? Tegur pun xnak. Nak tunggu lagilah....

Xpela, memg aku dari dulu macam ni. Jalan lambat. patutla xde orang nak jalan dengan aku. Kelakar betul jalan ni. Cerah je, orang-orang kat sini pon baik-baik je. tapi macam x pedulikan aku???

Kenapa eh? jalan ni seolah-olah kosong bagi aku? as if, I m not belong here.........

Tuesday, April 17, 2012

selimut, bantal, katil, dan cadar.

sebelum tidur, kite tengok dulu ke arah bilik kita. Ngantuk yang teramat sangat dah ni. kita nampak katil, terus kita terjah! wah, bestnye baring. Tapi sejuk la pulak. Mana letak selimut ni? Rupa-rupanya dalam almari lalu diambil dan berbungkus. Mak ai, lagi selesa kot. Tapi... kenapa kepala rasa macam rata je,lah bantal tak ada rupenye. Ambil bantal bilik sebelah la. hehe. Haa... sekarang baru best. Nak tidur dah, bantal, selimut dan katil dah ada dah, mesti syok tido ni... Aik, apasal badan kita gatal-gatal ni? Bedbug?? oh no!!! mana pergi cadar katil ni? huhu. cari-cari, rupa-rupanya roomate tolong basuhkan. Hurm, lapik dengan kain batik je la. Sekarang,barulah boleh tidur dengan selesa.

Huhu, kalau ada bantal, selimut xde sejuk pulak. kalu ade selimut, katil xde, sakit belakang pulak. Kalau katil ade tapi cadar xde, kena bedbug la jawabnye. Selimut, bantal, katil dan cadar: I need U!!

Sebab tanpa anda sume, kita pasti xmampu nk tidur dengan sangat lena. Kenapa citer pasal sume ni pulak kan? nak tidur dah ke?

Haha, kite ibaratkan bantal, selimut, katil dan cadar sebagai sahabat-sahabat kita. Ade kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi bila semua tu ade dengan kita, maka selesalah kita, kerana semua saling melengkapi :) Jadilah bantal ke, selimut ke, cadar ke atau katil ke yang xmungkin dapat diubah fungsinya, tapi akan menjadikan urusan kita lancar jika semuanya bersama....

Monday, April 16, 2012

tak kenal maka tak cinta???

tak kenal maka x cinta. kata-kata tu datang dari orang2 tua nenek moyang kita yang sangat sopan. tapi, bila difikirkan balik, dah kenal pon xmungkin cinta jugak kan..

Kata-kata tu mungkin nak tuju pada hadis Rasulullah iaitu "ada 3 cara yang boleh merapatkan ukhuwah iaitu tidur bersamanya, makan bersamanya dan bermusafir bersamanya (lebih kurang mcm tu lah bunyi nye kan)".

Aku sangat setuju dengan kata-kata itu, sebab sekarang aku dah boleh kenal sahabat2 aku dengan lebih rapat lagi lepas buat 3 benda tue. lagi lama, lagi banyak aku tahu pasal mereka, isi dan kulit.

Semoga perkenalan ini menjadi lebih bermanfaat buatku dan sahabat-sahabatku sekalian...

Wednesday, April 11, 2012

Tongariro Alpine Crossing

Demi Allah, inilah adalah trip yang paling best sepanjang aku berada di New Zealand. Yang paling best adalah bila aku mampu untuk menjadi diri aku sendiri sepanjang trip ini, xperlu malu akan apa-apa dan kepada sesiapa.

Mula-mula, aku ragu2 untuk join trip ni. Ye lah kan, aku ni kononnye tipikal budak usrah. Yang selalu diajar untuk mengagungkan al-Quran dan al-sunnah. Tapi sebenarnya, ukuran itu tidak memberi kan kebaikan pape pun kat aku. Apa yang lebih penting adalah pengalaman itu sendiri. Banyak yang Allah ajarkan padaku walaupun pada mulanya, perjalanan aku seolah-olah tiada arah tuju.

Tongariro Alpine Crossing adalah antara gunung yang terbesar kat New Zealand ni. Perjalanan kami merentas gunung ni mengambil masa hampir 14jam. Lama gila kan nk cakap betapa besar dan agungnya ciptaan tuhan.

Pada mulanya, seronok sangat-sangat, tangkap-tangkap gambar dan macam-macam. Serius, mata yang sangat kecik ini lagi hebat dari lensa kamera yang dicipta manusia. Apa sahaja gambar yang aku tangkap xmungkin mampu melawan kecantikan alam yang aku lihat dengan mata kasarku sendiri. Apa lah yang seronok sangat kan, penat adalah. sebab panjat gunung, turun gunung. yang seronoknya adalah pengalaman berada dalam alam yang sangat indah itu sendiri. Orang kata, alam xpernah berhenti dari berzikir, sebab itulah ia sentiasa kelihatan indah.

Mula-mula, track sangat landai. Tapi makin lama, kami terpaksa memulakan pendakian yang sangat mecabar. Serius, gunung tu dahla banyak puncak, naik turun, naik turun, sangat memenatkan. tapi di setiap laluan, ada sahaja pengajaran yang Allah nak berikan. Dahla Tongariro itu sendiri adalah gunung berapi yang masih lagi aktif, asap dia masih lagi keluar dekat puncak gunung.

Masih jelas terbayang ketakutan berada di ketinggian 1980m dari aras laut. Tinggi kan. tiba-tiba je terasa gayat. Sewaktu mendaki puncak yang tertinggi adalah saat yang paling sukar, batu2 yang asyik bertaburan jatuh membuatkan hati makin takut. Duk terbayang je, macam mana lah aku nak hadapi ini kalau aku yang terjatuh. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke puncak. Tapi kawan-kawan paling bertuah kerana Allah memilih mereka untuk diberi ujian yang sangat besar. Orang kata, makin tinggi iman seseorang, makin besar dugaan buat mereka. Sahabat baikku Nadia dan Kamilah hampir-hampir jatuh gaung kerana tersalah jalan. Bagaimana sabarnya mereka mengahurngi dugaan itu, aku yakin Allah pasti redha dengan mereka.

Allah Maha Penyayang, Dia letakkan rasa takut dalam diri kami yang Islam ni masa nk turun gunung tue. Aku tgk mat2 saleh jalan selamba jer sebab mereka bukan tahu erti mengharagi ciptaan Yang Maha Kuasa. Aku dan kawan-kawan aku sume takut kot masa nak turun, tapi rasa takut itu membuatkan kami makin rancak mengingati Allah. Subhanallah, masa nk turun puncak tu, sangat curam, tp segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ditakdirkan, kami xmampu habiskan perjalanan kami pada waktu siang. Tracking terbawa-bawa hingga ke malam. Malam-malam buta, kami redah jugak utan tu, mengharap cepat sampai ke tempat kami parking. Kali ini, aku pula yang Allah pilih untuk diuji. Subhanallah, Engkau benar-benar mendengar doa hambaMu yang kerdil ini agar Engkau menjadikan tracking kami ini bukan sia-sia malah lebih mendekatkan lagi diri kepadaMu. Dalam pekat malam, tiba-tiba je aku pitam. Langit dan bumi pun aku xmampu nk bezakan, yelah sebab gelap kan. Kepala berpusing2 jer, mata plak berpinar-pinar. Yang terlintas di fikiran, adakah aku akan meninggalkan dunia yang sementara ini. Syukur, Allah kurniakan sahabat-sahabat yang membantu. Urusan ku dipermudahkan, bagaimana mereka bersusah payah menolong aku dalam kekalutan itu, xmungkin aku balas sampai bila-bila. Badan aku menggigil, muka aku pucat, tapi mereka xpanik, malah makin bersemangat untuk menolong aku..

Terima kasih Allah, perjalanan yang Kau tentukan sepanjang tracking ini sangat bernilai. Walaupun hampir ke pukul 12 mlm baru kami sampai ke garisan penamat, kami selamat. jalan yang seolah-olah tidak berpenghujung sedikit sebanyak melemahkan semangat kami, tapi semangat dan kesepaduan mendorong langkah untuk lebih laju menuju jalan pulang. Bagiku, pengalaman ini lebih berharga dari berada dalam liqa dan mentadabur seribu ayat atau berada dalam mana2 program mendengar ceramah atau pun daurah.

Hidayah Allah bermacam-macam, dan orang yang tidak bersama2 dalam tarbiyah tidak semestinya berada di jalan yang salah. Mereka cuma kurang tahu, tapi itu bukan salah mereka, kerana Rasulullah SAW pernah berpesan, apa yang lebih penting ialah "menyampaikan walau sepotong ayat". Terima Kasih Allah, terima kasih kawan-kawan. Selepas trip ini, hati aku seolah-olah lebih terbuka dan lebih bersih dari prasangka dan perasaan bongkak.

Sunday, April 1, 2012

saya ego

saya tersangat ego. ada seorang kakak yang sangat berkait rapat dengan sejarah hijrah saya. Antara orang-orang yang paling awal memperkenalkan saya dengan Islam yang sebenar. Suatu hari, dia tercakap sesuatu yang sangat menyentuh jiwa saya, sehingga saya xmampu mengawal rasa marah dan kecewa.

saya sangat marah sehingga saya xmampu nak berbicara dengan dia. saya rase malu untuk tunjukkan kekecewaan saya kepadanya. lalu saya mengambil langkah menjauhkan diri darinya. namun sejauh mana saya lari , semakin bayang-bayangnya mengejar.

Jujur, saya memaafkannya, tp saya tersangat ingin dia datang kepada saya, memberikan saya pelukan sama seperti sewaktu saya jahiliyah dahulu, dan berbicara dengan saya akan hal ini dan memberikan penjelasan, bukan hanya melalui pesanan ringkas sms.

Saya sangat ego, sebab saya tidak mahu memulakan bicara hal itu dahulu kepadanya. saya sangat ego, sebab saya rasa dia yang perlu memulakan dahulu dan saya sangat ego sebab saya mengharapkan dia memulakan segalanya dahulu.

Tapi, segala-galanya seolah2 tidak memberikan kesan apa2 kepadanya. dia rilex, cool, maintain dan biasa2 sahaja. beruntung dia, kerana Allah x bebankan fikirannya dengan perkara remeh ini.

Tapi saya? masih macam ni. mengharapkan dia datang pada saya dahulu. egonya saya. Allah, kuatkanlah semangat ku ya Allah. Aku cuma hamba yang lemah, terlalu lemah untuk berhadapan dengan hambaMu yang beramal soleh itu. -__-"

aku terlupa

Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah, memberi tanpa meminta balasan. siapalah aku di sisi Nya, siapa pon x mungkin tahu. mereka semua sedang sibuk berdakwah, tp aku masih kat sini, terkontang kanting, terpinga-pinga dengan term dakwah itu sendiri.

Padahal, semua benda ada depan mata, ada blog, ade facebook, ade twitter, skype. macam-macam ade, kenapa aku xterfikir nk guna itu semua untuk berdakwah?

Sebab aku terlupa sesuatu yang paling senang. Iaitu;

dakwah itu menyeru ke arah kebaikan, buka ke arah usrah, bukan ke arah tudung labuh tp sekadar menyampaikan.

So, mulai hari ini, aku harus ingat, bahawa dakwah bukan semua perkara diatas melainkan menyampaikan kebaikan :) xkisah la ape pun. Buat kuih, senyum, bertegur sapa, tulis blog dan mcam2 lagi... wassalam!
 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template