Wednesday, April 11, 2012

Tongariro Alpine Crossing

Demi Allah, inilah adalah trip yang paling best sepanjang aku berada di New Zealand. Yang paling best adalah bila aku mampu untuk menjadi diri aku sendiri sepanjang trip ini, xperlu malu akan apa-apa dan kepada sesiapa.

Mula-mula, aku ragu2 untuk join trip ni. Ye lah kan, aku ni kononnye tipikal budak usrah. Yang selalu diajar untuk mengagungkan al-Quran dan al-sunnah. Tapi sebenarnya, ukuran itu tidak memberi kan kebaikan pape pun kat aku. Apa yang lebih penting adalah pengalaman itu sendiri. Banyak yang Allah ajarkan padaku walaupun pada mulanya, perjalanan aku seolah-olah tiada arah tuju.

Tongariro Alpine Crossing adalah antara gunung yang terbesar kat New Zealand ni. Perjalanan kami merentas gunung ni mengambil masa hampir 14jam. Lama gila kan nk cakap betapa besar dan agungnya ciptaan tuhan.

Pada mulanya, seronok sangat-sangat, tangkap-tangkap gambar dan macam-macam. Serius, mata yang sangat kecik ini lagi hebat dari lensa kamera yang dicipta manusia. Apa sahaja gambar yang aku tangkap xmungkin mampu melawan kecantikan alam yang aku lihat dengan mata kasarku sendiri. Apa lah yang seronok sangat kan, penat adalah. sebab panjat gunung, turun gunung. yang seronoknya adalah pengalaman berada dalam alam yang sangat indah itu sendiri. Orang kata, alam xpernah berhenti dari berzikir, sebab itulah ia sentiasa kelihatan indah.

Mula-mula, track sangat landai. Tapi makin lama, kami terpaksa memulakan pendakian yang sangat mecabar. Serius, gunung tu dahla banyak puncak, naik turun, naik turun, sangat memenatkan. tapi di setiap laluan, ada sahaja pengajaran yang Allah nak berikan. Dahla Tongariro itu sendiri adalah gunung berapi yang masih lagi aktif, asap dia masih lagi keluar dekat puncak gunung.

Masih jelas terbayang ketakutan berada di ketinggian 1980m dari aras laut. Tinggi kan. tiba-tiba je terasa gayat. Sewaktu mendaki puncak yang tertinggi adalah saat yang paling sukar, batu2 yang asyik bertaburan jatuh membuatkan hati makin takut. Duk terbayang je, macam mana lah aku nak hadapi ini kalau aku yang terjatuh. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke puncak. Tapi kawan-kawan paling bertuah kerana Allah memilih mereka untuk diberi ujian yang sangat besar. Orang kata, makin tinggi iman seseorang, makin besar dugaan buat mereka. Sahabat baikku Nadia dan Kamilah hampir-hampir jatuh gaung kerana tersalah jalan. Bagaimana sabarnya mereka mengahurngi dugaan itu, aku yakin Allah pasti redha dengan mereka.

Allah Maha Penyayang, Dia letakkan rasa takut dalam diri kami yang Islam ni masa nk turun gunung tue. Aku tgk mat2 saleh jalan selamba jer sebab mereka bukan tahu erti mengharagi ciptaan Yang Maha Kuasa. Aku dan kawan-kawan aku sume takut kot masa nak turun, tapi rasa takut itu membuatkan kami makin rancak mengingati Allah. Subhanallah, masa nk turun puncak tu, sangat curam, tp segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ditakdirkan, kami xmampu habiskan perjalanan kami pada waktu siang. Tracking terbawa-bawa hingga ke malam. Malam-malam buta, kami redah jugak utan tu, mengharap cepat sampai ke tempat kami parking. Kali ini, aku pula yang Allah pilih untuk diuji. Subhanallah, Engkau benar-benar mendengar doa hambaMu yang kerdil ini agar Engkau menjadikan tracking kami ini bukan sia-sia malah lebih mendekatkan lagi diri kepadaMu. Dalam pekat malam, tiba-tiba je aku pitam. Langit dan bumi pun aku xmampu nk bezakan, yelah sebab gelap kan. Kepala berpusing2 jer, mata plak berpinar-pinar. Yang terlintas di fikiran, adakah aku akan meninggalkan dunia yang sementara ini. Syukur, Allah kurniakan sahabat-sahabat yang membantu. Urusan ku dipermudahkan, bagaimana mereka bersusah payah menolong aku dalam kekalutan itu, xmungkin aku balas sampai bila-bila. Badan aku menggigil, muka aku pucat, tapi mereka xpanik, malah makin bersemangat untuk menolong aku..

Terima kasih Allah, perjalanan yang Kau tentukan sepanjang tracking ini sangat bernilai. Walaupun hampir ke pukul 12 mlm baru kami sampai ke garisan penamat, kami selamat. jalan yang seolah-olah tidak berpenghujung sedikit sebanyak melemahkan semangat kami, tapi semangat dan kesepaduan mendorong langkah untuk lebih laju menuju jalan pulang. Bagiku, pengalaman ini lebih berharga dari berada dalam liqa dan mentadabur seribu ayat atau berada dalam mana2 program mendengar ceramah atau pun daurah.

Hidayah Allah bermacam-macam, dan orang yang tidak bersama2 dalam tarbiyah tidak semestinya berada di jalan yang salah. Mereka cuma kurang tahu, tapi itu bukan salah mereka, kerana Rasulullah SAW pernah berpesan, apa yang lebih penting ialah "menyampaikan walau sepotong ayat". Terima Kasih Allah, terima kasih kawan-kawan. Selepas trip ini, hati aku seolah-olah lebih terbuka dan lebih bersih dari prasangka dan perasaan bongkak.

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template