Sunday, May 6, 2012

Apa perasaan selepas kahwin?

Ramai orang tanya soalan tu. Memangla, semua orang curious akan apa sebenarnya yang dilalui selepas melangkah ke alam rumah tangga. 


Dan jawapannya, entahla, xtaw nak cakap macam mana.


Tapi, yang pasti, kahwin itu bukan sekadar menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan wanita, ia lebih dari itu.


Rasa macam nak suruh semua orang kahwin jugak, sebab setakat ni belum lagi rasa kepayahan dalam berumah tangga :D




Tapi awas, bagi kawan-kawan ku yang perempuan, sudah bersediakah anda untuk menjadi seorang yang patuh kepada setiap arahan suami? sanggupkah anda mengorbankan kebebasan anda hanya kerana seorang insan? Dan bolehkah anda menerima lelaki yang bakal menjadi suami anda seadanya?


Dulu, soalan2 ni la yang selalu bermain di fikiran. Di sinilah cabarannya. Apabila seorang suami ingin menunaikan tanggungjawabnya iaitu memberi peringatan dan didikan supaya isteri sentiasa melakukan perkara kebaikan, pada waktu itulah ia akan menguji kekuatan, keegoan anda. Fikirkan, apabila suami berkata "jangan keluar rumah kalau tiada urusan penting", mampukah anda patuhinya? Ia nampak ringkas dan senang, tapi kita sering terlupa bahawa cara paling senang untuk masuk syurga adalah dengan patuh dan taat kepada suami, dan perkara itulah yang agak sukar untuk dilakukan bagi wanita yang berkahwin dan masih belum bersedia. 


Kawan-kawan, secara keseluruhan, alam rumah tangga sangat menyeronokkan :) tapi, bear in your mind, keseronokan itu datang dari diri anda  sendiri kerana kita sendiri yang akan mencorakkan rumah tangga itu. Kalau tak siapa lagi kan....


Orang juga selalu bertanya, "apa tips-tips sebelum menempuh alam perkahwinan".. Secara jujur, saya bukanlah bijak pandai, atau pengkaji perkara-perkara berkaitan. Tapi, berdasarkan pengalaman, saya rasa, perkara paling penting yang perlu difikirkan sebelum berkahwin itu adalah  melihat perkahwinan secara keseluruhan. Bukan sekadar menghalalkan hubungan, atau memuaskan nafsu, atau mengelakkan fitnah malah lebih besar dari itu.


Perkahwinan itu hanyalah majlis, yang kekal ialah rumah tangga yang dibina. Kahwinlah, kalau anda sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang patuh kepada suami, yang dengan gembira ingin mengandungkan zuriat dan dengan hati yang rela menjadi pelindung dan penyejuk hati pasangan. Perkara-perkara ini adalah sangat dikenali dengan perkataan 'tanggungjawab'.


Perkahwinan adalah kebaikan. Kahwinlah, jika anda telah bersedia :)


Rasulullah saw bersabda "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)




 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template