Sunday, September 9, 2012

wahai peminat-peminat cerita hindustan

Kakak usrah saya selalu marah saya tgk cite hindustan. Huhu. Tapi cite hindustan best kot. Ade nyanyi2, lagu best, ada skirt kembang2, ada hero hensem, heroin lawa... Saya suke sangat-sangat cite hindustan. Kalu  kat Malaysia dulu, setiap hari Sabtu tunggu depan Tv nk tgk Panggung Sabtu ade cite ape. Mase tu seronok sangat tgk cite hindustan atas sebab2 di atas tu. Hati berbunga dapat tgk cite hindustan :D

Sampai sekarang pon saya minat hindustan. Dulu pernah stop tgk Hindustan selama beberapa bulan. Hidup bahagia jer. Tapi tgk hindustan pon bahagia gak, bergantung pada niat kita tgk :) hehe.

Baru je jap tadi saya tgk cite hindustan tajuk Aitraaz. Kisah sepasang suami. Sweet sangat. Lepas jatuh cinta pandang pertama terus kahwin. Ditakdirkan Allah, lelaki ini bertemu kembali dengan bekas kekasihnya. Perempuan jahat tu teringat akan kenangan lama mereka bersama dan selalu goda lelaki ini supaya kembali kepadanya balik. Suatu part ni, lelaki tu dah digoda pompuan tu, dh usap2 rambut dia dan bermacam-macam godaan lagi. Nak tanya anda yang lelaki, andai kata ada seorang wanita menggoda anda sebegitu rupa, adakah anda mampu untuk menahan kehendak syahwat anda ke atas wanita itu?? mampukah anda?

Saya ter'reflect' sangat dengan part tu, teringat cerita seorang alim digoda oleh seorang wanita yahudi. Pernah dengar x citer tu? Meh saya citer. Zaman dahulu, ada seorang lelaki yahudi yang sangat kuat dalam beribadat. Siang dan malamnya hanya digunakan untuk beribadat kepada Allah. Suatu hari, seorang wanita yahudi ini ingin menggoda sejauh mana keimanannya. Lalu dia pergi ke tempat lelaki itu sedang beribadat suatu malam dengan pakaian yang sangat menggoda. Tapi lelaki tu tetap tekun beribadat. Lalu ditanggalkan satu helai pkaiannya, namun lelaki itu masih tekun beribadat, lalu ditanggalkan lagi dan lagi sehingga wanita itu tidak memakai seurat benang pon. Namun lelaki itu tetap tekun beribadat. Lalu dalam keadaan seperti itu wanita itu mula menari2, Namun, lelaki itu langsung tidak berganjak, akhirnya wanita itu putus asa.

Betapa kuatnya iman lelaki yahudi itu! Macam ne saya nak kaitkan dengan cerita yang saya tgk tu yer. Sedangkan dia bukan seorang Islam yakni x menyembah Allah, dia masih mampu menolak kehendak syahwatnya kerana tidak mahu mengkhianati isterinya, apatah lagi kita yang Muslim ini. Pape pon, kalu kita mampu menahan keinginan itu, ganjaran besar buat kita.

Kalu x silap, ada satu hadis ni, Rasulullah kata ada beberapa golongan yang akan masuk syurga, iaitu orang yang........dan lelaki yang apabila diajak wanita cantik berzina berkata "sesungguhnya aku takut kepada Allah".. lebih kurang mcm tu lah bunyinyer. saya pon ingat2 lupa.

So moral of the story is, Jangan Berzina! hihi. Lagi satu, lihatlah semua perkara dengan kaca mata Islam. Dengan keadaan dunia sekarang yang dah bercampur dengan perlbagai perkara jahiliyah, ada je penyelesaiannya sebenarnya :) Cheers! Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template