Monday, November 5, 2012

I am so jealous

I wonder how can people become so open when writing their blog entries while I cant. I even think twice or thrice or i dunno how many times before publishing the entry. Honestly, I really really really want to write everything I feel in my blog but I just too considered on what people will think about myself and my thought and judge me personally. Well, I really want to tell the world about me but there is always a second thought before I proceed. I guess I need more courage.

Tuesday, October 23, 2012

Jejak langkah yang tersisa

Lagi beberapa minggu aku akan meninggalkan bumi Auckland like forever! Yeay!! Diakui, rindu terhadap tanah air sendiri tersangatlah tinggi, lebih-lebih lagi setelah sekian lama berjauhan dengan suami..huu~

Moga-moga Allah panjangkan umur. Manalah tahu ditakdirkan mati sekejap lagi. Semoga mati dalam keadaan yang baik a.k.a husnul khotimah. Tapi kan, sebenarnya rasa berat jugak nak balik Malaysia. Nak berhadapan dengan dugaan dan halangan serta cabaran yang baru. Siapa tahu apa yang mungkin akan dihadapi kelak. Tapi boleh agak la jugak sikit-sikit. Pertamanya, kena hidup lagi ssetahun dekat IPGM Kampus Temenggung Ibrahim. Jujur diakui, tak banyak kenangan manis dekat sana. huhu. Semuanya kenangan yang agak pahit. Tak tahu macam mana nak berdepan dengan pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar dan juga junior-junior. Walaupun daku ini pendiam orangnya, tapi risau juga jika pernah melukakan hati sesiapa kat sana. Mohon maaf semua. Sesungguhnya, hamba tidak sengaja. Dan kalu hamba sengaja pon, sebab masa tu tengah jahil lagi..

Kedua, tak taw macam mana nak berdepan dengan ibu kandung yang aku gatal pergi carik hari tu. Maaf ibu, bukan anakmu ini tak suka atau benci padamu, tapi perasaan sayang tu kurang sikit. Maklumlah, sejak kecil dibesarkan oleh ayah dan ibu tiri, dan ibu tiri tu dah rasa macam ibu sendiri dah. Seronoklah ibu, dah dapat cucu pertama, untunglah.. Macam mana nak berdepan dengan ibu. Kalu balik raya pon, mungkin anakmu ini tak balik rumah ibu,sebab anak mu ini tak biasa. Susahnya bila mak ayah bercerai. Jadi, pada bakal suami isteri dan ibu bapa sekelian, janganlah bercerai. Kesian anak-anak. Dilema macam aku ni hah. Bukan nak jadi anak derhaka, tapi perasaan tu tak ada, tak dibentuk dan tak dipupuk. Tinggal pulak dengan ayah. Perangai pon mestilah macam ayah sikit.

Ketiga, macam mana lah aku nak berhadapan dengan anak-anak murid kat sekolah. Reminder, I AM A TEACHER TO BE!! Scary nyer. Dengar-dengar, cabaran nya sangat besar apabila mengajar. Takut jugak kalau-kalau dapat anak murid nakal. Jangan risau ye anak-anak murid sekelian, teacher akan cuba mengajar dan buat yang terbaik :)

Rasa-rasa, tu lah 3 cabaran terbesar bagi orang yang kurang keyakinan diri, kepercayaan pada diri sendiri dan juga kurang daya tahan emosi seperti daku ini. Takut jugak tak mampu bertahan. Yang hanya mampu dibuat sekarang ialah mentally and physically prepared for the challenges. Wahai pembaca, doakanlah lesejahteraan saya yer. Erm, bersama-sama ni nak share jugak lah sedkit kenangan di bumi New Zealand sepanjang dua tahun di luar negara .

                                                           (1 syawal di bumi Auckland)



                                             (Tongariro Alpine crossing, the greatest ever!)

                                                         
                                                    (Devonport, NZ. Angin kuat time ni)

                                                       (Spring dan Sakura yang dinanti!!)

                                                   (Maen-maen salji di Mount Ruapehu)



Sunday, September 9, 2012

wahai peminat-peminat cerita hindustan

Kakak usrah saya selalu marah saya tgk cite hindustan. Huhu. Tapi cite hindustan best kot. Ade nyanyi2, lagu best, ada skirt kembang2, ada hero hensem, heroin lawa... Saya suke sangat-sangat cite hindustan. Kalu  kat Malaysia dulu, setiap hari Sabtu tunggu depan Tv nk tgk Panggung Sabtu ade cite ape. Mase tu seronok sangat tgk cite hindustan atas sebab2 di atas tu. Hati berbunga dapat tgk cite hindustan :D

Sampai sekarang pon saya minat hindustan. Dulu pernah stop tgk Hindustan selama beberapa bulan. Hidup bahagia jer. Tapi tgk hindustan pon bahagia gak, bergantung pada niat kita tgk :) hehe.

Baru je jap tadi saya tgk cite hindustan tajuk Aitraaz. Kisah sepasang suami. Sweet sangat. Lepas jatuh cinta pandang pertama terus kahwin. Ditakdirkan Allah, lelaki ini bertemu kembali dengan bekas kekasihnya. Perempuan jahat tu teringat akan kenangan lama mereka bersama dan selalu goda lelaki ini supaya kembali kepadanya balik. Suatu part ni, lelaki tu dah digoda pompuan tu, dh usap2 rambut dia dan bermacam-macam godaan lagi. Nak tanya anda yang lelaki, andai kata ada seorang wanita menggoda anda sebegitu rupa, adakah anda mampu untuk menahan kehendak syahwat anda ke atas wanita itu?? mampukah anda?

Saya ter'reflect' sangat dengan part tu, teringat cerita seorang alim digoda oleh seorang wanita yahudi. Pernah dengar x citer tu? Meh saya citer. Zaman dahulu, ada seorang lelaki yahudi yang sangat kuat dalam beribadat. Siang dan malamnya hanya digunakan untuk beribadat kepada Allah. Suatu hari, seorang wanita yahudi ini ingin menggoda sejauh mana keimanannya. Lalu dia pergi ke tempat lelaki itu sedang beribadat suatu malam dengan pakaian yang sangat menggoda. Tapi lelaki tu tetap tekun beribadat. Lalu ditanggalkan satu helai pkaiannya, namun lelaki itu masih tekun beribadat, lalu ditanggalkan lagi dan lagi sehingga wanita itu tidak memakai seurat benang pon. Namun lelaki itu tetap tekun beribadat. Lalu dalam keadaan seperti itu wanita itu mula menari2, Namun, lelaki itu langsung tidak berganjak, akhirnya wanita itu putus asa.

Betapa kuatnya iman lelaki yahudi itu! Macam ne saya nak kaitkan dengan cerita yang saya tgk tu yer. Sedangkan dia bukan seorang Islam yakni x menyembah Allah, dia masih mampu menolak kehendak syahwatnya kerana tidak mahu mengkhianati isterinya, apatah lagi kita yang Muslim ini. Pape pon, kalu kita mampu menahan keinginan itu, ganjaran besar buat kita.

Kalu x silap, ada satu hadis ni, Rasulullah kata ada beberapa golongan yang akan masuk syurga, iaitu orang yang........dan lelaki yang apabila diajak wanita cantik berzina berkata "sesungguhnya aku takut kepada Allah".. lebih kurang mcm tu lah bunyinyer. saya pon ingat2 lupa.

So moral of the story is, Jangan Berzina! hihi. Lagi satu, lihatlah semua perkara dengan kaca mata Islam. Dengan keadaan dunia sekarang yang dah bercampur dengan perlbagai perkara jahiliyah, ada je penyelesaiannya sebenarnya :) Cheers! Wallahua'lam.

Sunday, May 6, 2012

Apa perasaan selepas kahwin?

Ramai orang tanya soalan tu. Memangla, semua orang curious akan apa sebenarnya yang dilalui selepas melangkah ke alam rumah tangga. 


Dan jawapannya, entahla, xtaw nak cakap macam mana.


Tapi, yang pasti, kahwin itu bukan sekadar menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan wanita, ia lebih dari itu.


Rasa macam nak suruh semua orang kahwin jugak, sebab setakat ni belum lagi rasa kepayahan dalam berumah tangga :D




Tapi awas, bagi kawan-kawan ku yang perempuan, sudah bersediakah anda untuk menjadi seorang yang patuh kepada setiap arahan suami? sanggupkah anda mengorbankan kebebasan anda hanya kerana seorang insan? Dan bolehkah anda menerima lelaki yang bakal menjadi suami anda seadanya?


Dulu, soalan2 ni la yang selalu bermain di fikiran. Di sinilah cabarannya. Apabila seorang suami ingin menunaikan tanggungjawabnya iaitu memberi peringatan dan didikan supaya isteri sentiasa melakukan perkara kebaikan, pada waktu itulah ia akan menguji kekuatan, keegoan anda. Fikirkan, apabila suami berkata "jangan keluar rumah kalau tiada urusan penting", mampukah anda patuhinya? Ia nampak ringkas dan senang, tapi kita sering terlupa bahawa cara paling senang untuk masuk syurga adalah dengan patuh dan taat kepada suami, dan perkara itulah yang agak sukar untuk dilakukan bagi wanita yang berkahwin dan masih belum bersedia. 


Kawan-kawan, secara keseluruhan, alam rumah tangga sangat menyeronokkan :) tapi, bear in your mind, keseronokan itu datang dari diri anda  sendiri kerana kita sendiri yang akan mencorakkan rumah tangga itu. Kalau tak siapa lagi kan....


Orang juga selalu bertanya, "apa tips-tips sebelum menempuh alam perkahwinan".. Secara jujur, saya bukanlah bijak pandai, atau pengkaji perkara-perkara berkaitan. Tapi, berdasarkan pengalaman, saya rasa, perkara paling penting yang perlu difikirkan sebelum berkahwin itu adalah  melihat perkahwinan secara keseluruhan. Bukan sekadar menghalalkan hubungan, atau memuaskan nafsu, atau mengelakkan fitnah malah lebih besar dari itu.


Perkahwinan itu hanyalah majlis, yang kekal ialah rumah tangga yang dibina. Kahwinlah, kalau anda sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang patuh kepada suami, yang dengan gembira ingin mengandungkan zuriat dan dengan hati yang rela menjadi pelindung dan penyejuk hati pasangan. Perkara-perkara ini adalah sangat dikenali dengan perkataan 'tanggungjawab'.


Perkahwinan adalah kebaikan. Kahwinlah, jika anda telah bersedia :)


Rasulullah saw bersabda "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)




Monday, April 23, 2012

jalan yang pelik

Allah, jalan apakah yang aku dah lalu ni? nak kata gelap banyak je lampu.. selamat je. Tapi orang sangat ramai.. ramai sangat-sangat. mereka sume ramah-ramah. memang jalan ni orang sangat-sangat suka nak lalu. yelah, cerah je. kalu jalan kat belakang bangunan sana gelap. dahla gelap, ade ramai pickpocket plak tue. Berpusu-pusu kot diorang ni. dah lama dah jalan, tapi masih belum sampai-sampai lagi. bila la nak sampai ni, da penat da ni.

kenapa aku seolah-olah tertinggal kat belakang?? lajunya mereka jalan. Huhu. Penat la nak lari. penat sangat-sangat. lari selaju mana pon, tapi macam x berpenghujung. Kenapa mereka semua xnak ajak aku jalan sekali dengan diorang? Tegur pun xnak. Nak tunggu lagilah....

Xpela, memg aku dari dulu macam ni. Jalan lambat. patutla xde orang nak jalan dengan aku. Kelakar betul jalan ni. Cerah je, orang-orang kat sini pon baik-baik je. tapi macam x pedulikan aku???

Kenapa eh? jalan ni seolah-olah kosong bagi aku? as if, I m not belong here.........

Tuesday, April 17, 2012

selimut, bantal, katil, dan cadar.

sebelum tidur, kite tengok dulu ke arah bilik kita. Ngantuk yang teramat sangat dah ni. kita nampak katil, terus kita terjah! wah, bestnye baring. Tapi sejuk la pulak. Mana letak selimut ni? Rupa-rupanya dalam almari lalu diambil dan berbungkus. Mak ai, lagi selesa kot. Tapi... kenapa kepala rasa macam rata je,lah bantal tak ada rupenye. Ambil bantal bilik sebelah la. hehe. Haa... sekarang baru best. Nak tidur dah, bantal, selimut dan katil dah ada dah, mesti syok tido ni... Aik, apasal badan kita gatal-gatal ni? Bedbug?? oh no!!! mana pergi cadar katil ni? huhu. cari-cari, rupa-rupanya roomate tolong basuhkan. Hurm, lapik dengan kain batik je la. Sekarang,barulah boleh tidur dengan selesa.

Huhu, kalau ada bantal, selimut xde sejuk pulak. kalu ade selimut, katil xde, sakit belakang pulak. Kalau katil ade tapi cadar xde, kena bedbug la jawabnye. Selimut, bantal, katil dan cadar: I need U!!

Sebab tanpa anda sume, kita pasti xmampu nk tidur dengan sangat lena. Kenapa citer pasal sume ni pulak kan? nak tidur dah ke?

Haha, kite ibaratkan bantal, selimut, katil dan cadar sebagai sahabat-sahabat kita. Ade kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi bila semua tu ade dengan kita, maka selesalah kita, kerana semua saling melengkapi :) Jadilah bantal ke, selimut ke, cadar ke atau katil ke yang xmungkin dapat diubah fungsinya, tapi akan menjadikan urusan kita lancar jika semuanya bersama....

Monday, April 16, 2012

tak kenal maka tak cinta???

tak kenal maka x cinta. kata-kata tu datang dari orang2 tua nenek moyang kita yang sangat sopan. tapi, bila difikirkan balik, dah kenal pon xmungkin cinta jugak kan..

Kata-kata tu mungkin nak tuju pada hadis Rasulullah iaitu "ada 3 cara yang boleh merapatkan ukhuwah iaitu tidur bersamanya, makan bersamanya dan bermusafir bersamanya (lebih kurang mcm tu lah bunyi nye kan)".

Aku sangat setuju dengan kata-kata itu, sebab sekarang aku dah boleh kenal sahabat2 aku dengan lebih rapat lagi lepas buat 3 benda tue. lagi lama, lagi banyak aku tahu pasal mereka, isi dan kulit.

Semoga perkenalan ini menjadi lebih bermanfaat buatku dan sahabat-sahabatku sekalian...

Wednesday, April 11, 2012

Tongariro Alpine Crossing

Demi Allah, inilah adalah trip yang paling best sepanjang aku berada di New Zealand. Yang paling best adalah bila aku mampu untuk menjadi diri aku sendiri sepanjang trip ini, xperlu malu akan apa-apa dan kepada sesiapa.

Mula-mula, aku ragu2 untuk join trip ni. Ye lah kan, aku ni kononnye tipikal budak usrah. Yang selalu diajar untuk mengagungkan al-Quran dan al-sunnah. Tapi sebenarnya, ukuran itu tidak memberi kan kebaikan pape pun kat aku. Apa yang lebih penting adalah pengalaman itu sendiri. Banyak yang Allah ajarkan padaku walaupun pada mulanya, perjalanan aku seolah-olah tiada arah tuju.

Tongariro Alpine Crossing adalah antara gunung yang terbesar kat New Zealand ni. Perjalanan kami merentas gunung ni mengambil masa hampir 14jam. Lama gila kan nk cakap betapa besar dan agungnya ciptaan tuhan.

Pada mulanya, seronok sangat-sangat, tangkap-tangkap gambar dan macam-macam. Serius, mata yang sangat kecik ini lagi hebat dari lensa kamera yang dicipta manusia. Apa sahaja gambar yang aku tangkap xmungkin mampu melawan kecantikan alam yang aku lihat dengan mata kasarku sendiri. Apa lah yang seronok sangat kan, penat adalah. sebab panjat gunung, turun gunung. yang seronoknya adalah pengalaman berada dalam alam yang sangat indah itu sendiri. Orang kata, alam xpernah berhenti dari berzikir, sebab itulah ia sentiasa kelihatan indah.

Mula-mula, track sangat landai. Tapi makin lama, kami terpaksa memulakan pendakian yang sangat mecabar. Serius, gunung tu dahla banyak puncak, naik turun, naik turun, sangat memenatkan. tapi di setiap laluan, ada sahaja pengajaran yang Allah nak berikan. Dahla Tongariro itu sendiri adalah gunung berapi yang masih lagi aktif, asap dia masih lagi keluar dekat puncak gunung.

Masih jelas terbayang ketakutan berada di ketinggian 1980m dari aras laut. Tinggi kan. tiba-tiba je terasa gayat. Sewaktu mendaki puncak yang tertinggi adalah saat yang paling sukar, batu2 yang asyik bertaburan jatuh membuatkan hati makin takut. Duk terbayang je, macam mana lah aku nak hadapi ini kalau aku yang terjatuh. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke puncak. Tapi kawan-kawan paling bertuah kerana Allah memilih mereka untuk diberi ujian yang sangat besar. Orang kata, makin tinggi iman seseorang, makin besar dugaan buat mereka. Sahabat baikku Nadia dan Kamilah hampir-hampir jatuh gaung kerana tersalah jalan. Bagaimana sabarnya mereka mengahurngi dugaan itu, aku yakin Allah pasti redha dengan mereka.

Allah Maha Penyayang, Dia letakkan rasa takut dalam diri kami yang Islam ni masa nk turun gunung tue. Aku tgk mat2 saleh jalan selamba jer sebab mereka bukan tahu erti mengharagi ciptaan Yang Maha Kuasa. Aku dan kawan-kawan aku sume takut kot masa nak turun, tapi rasa takut itu membuatkan kami makin rancak mengingati Allah. Subhanallah, masa nk turun puncak tu, sangat curam, tp segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ditakdirkan, kami xmampu habiskan perjalanan kami pada waktu siang. Tracking terbawa-bawa hingga ke malam. Malam-malam buta, kami redah jugak utan tu, mengharap cepat sampai ke tempat kami parking. Kali ini, aku pula yang Allah pilih untuk diuji. Subhanallah, Engkau benar-benar mendengar doa hambaMu yang kerdil ini agar Engkau menjadikan tracking kami ini bukan sia-sia malah lebih mendekatkan lagi diri kepadaMu. Dalam pekat malam, tiba-tiba je aku pitam. Langit dan bumi pun aku xmampu nk bezakan, yelah sebab gelap kan. Kepala berpusing2 jer, mata plak berpinar-pinar. Yang terlintas di fikiran, adakah aku akan meninggalkan dunia yang sementara ini. Syukur, Allah kurniakan sahabat-sahabat yang membantu. Urusan ku dipermudahkan, bagaimana mereka bersusah payah menolong aku dalam kekalutan itu, xmungkin aku balas sampai bila-bila. Badan aku menggigil, muka aku pucat, tapi mereka xpanik, malah makin bersemangat untuk menolong aku..

Terima kasih Allah, perjalanan yang Kau tentukan sepanjang tracking ini sangat bernilai. Walaupun hampir ke pukul 12 mlm baru kami sampai ke garisan penamat, kami selamat. jalan yang seolah-olah tidak berpenghujung sedikit sebanyak melemahkan semangat kami, tapi semangat dan kesepaduan mendorong langkah untuk lebih laju menuju jalan pulang. Bagiku, pengalaman ini lebih berharga dari berada dalam liqa dan mentadabur seribu ayat atau berada dalam mana2 program mendengar ceramah atau pun daurah.

Hidayah Allah bermacam-macam, dan orang yang tidak bersama2 dalam tarbiyah tidak semestinya berada di jalan yang salah. Mereka cuma kurang tahu, tapi itu bukan salah mereka, kerana Rasulullah SAW pernah berpesan, apa yang lebih penting ialah "menyampaikan walau sepotong ayat". Terima Kasih Allah, terima kasih kawan-kawan. Selepas trip ini, hati aku seolah-olah lebih terbuka dan lebih bersih dari prasangka dan perasaan bongkak.

Sunday, April 1, 2012

saya ego

saya tersangat ego. ada seorang kakak yang sangat berkait rapat dengan sejarah hijrah saya. Antara orang-orang yang paling awal memperkenalkan saya dengan Islam yang sebenar. Suatu hari, dia tercakap sesuatu yang sangat menyentuh jiwa saya, sehingga saya xmampu mengawal rasa marah dan kecewa.

saya sangat marah sehingga saya xmampu nak berbicara dengan dia. saya rase malu untuk tunjukkan kekecewaan saya kepadanya. lalu saya mengambil langkah menjauhkan diri darinya. namun sejauh mana saya lari , semakin bayang-bayangnya mengejar.

Jujur, saya memaafkannya, tp saya tersangat ingin dia datang kepada saya, memberikan saya pelukan sama seperti sewaktu saya jahiliyah dahulu, dan berbicara dengan saya akan hal ini dan memberikan penjelasan, bukan hanya melalui pesanan ringkas sms.

Saya sangat ego, sebab saya tidak mahu memulakan bicara hal itu dahulu kepadanya. saya sangat ego, sebab saya rasa dia yang perlu memulakan dahulu dan saya sangat ego sebab saya mengharapkan dia memulakan segalanya dahulu.

Tapi, segala-galanya seolah2 tidak memberikan kesan apa2 kepadanya. dia rilex, cool, maintain dan biasa2 sahaja. beruntung dia, kerana Allah x bebankan fikirannya dengan perkara remeh ini.

Tapi saya? masih macam ni. mengharapkan dia datang pada saya dahulu. egonya saya. Allah, kuatkanlah semangat ku ya Allah. Aku cuma hamba yang lemah, terlalu lemah untuk berhadapan dengan hambaMu yang beramal soleh itu. -__-"

aku terlupa

Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah, memberi tanpa meminta balasan. siapalah aku di sisi Nya, siapa pon x mungkin tahu. mereka semua sedang sibuk berdakwah, tp aku masih kat sini, terkontang kanting, terpinga-pinga dengan term dakwah itu sendiri.

Padahal, semua benda ada depan mata, ada blog, ade facebook, ade twitter, skype. macam-macam ade, kenapa aku xterfikir nk guna itu semua untuk berdakwah?

Sebab aku terlupa sesuatu yang paling senang. Iaitu;

dakwah itu menyeru ke arah kebaikan, buka ke arah usrah, bukan ke arah tudung labuh tp sekadar menyampaikan.

So, mulai hari ini, aku harus ingat, bahawa dakwah bukan semua perkara diatas melainkan menyampaikan kebaikan :) xkisah la ape pun. Buat kuih, senyum, bertegur sapa, tulis blog dan mcam2 lagi... wassalam!
 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template