Monday, August 25, 2014

Rasa hidup x berguna

Bila ada segulung ijazah dalam tangan, selepas bertahun2 belajar di merata2 tempat pelusuk dunia tapi akhirnya pulang ke rumah dan tak buat ape-apa, itulah saat merasa diri ini sangat loser. Bukan ape, rasa macam pengalaman belajar yang lame tu sia2 je. Barulah faham macam mana perasaan penganggur2 di luar sana.

Nasib baik ada anak penyejuk mata, yang menjadi penenang di kala jiwa meronta2 kebosanan (ayat bunga abis). Dialah Anas Malik, yang membuat aku menjadi lebih positif dan memberi motivasi diri.

Ya, aku belajar jauh, sampai ke selatan dunia,
Ya, aku ada ijazah,
Ya, aku habiskan masa separuh hidup aku untuk belajar,
Tapi, dengan kelahiran Anas Malik, dia mengingatkan aku, bahawa hidup ni bukan nya semata2 untuk mencari kerja, atau belajar, atau berkahwin,

Hidup ini adalah persinggahan,
Macamana seseorang memenuhi waktu di kala dia singgah di dunia ini yang akan menjadi bekalan untuk perjalanan seterusnya di alam lain

Pengajarannya, apa sahaja yang berlaku pada hidup seseorang tidak patut dipersoal, malah ambillah peluang itu sebaiknya. Aku tak kerja, aku boleh jadi suri rumah yang berjaya, menjadikan suamiku orang paling bahagia di dunia, meluangkan masa sepenuhnya dengan Anas Malik penyejuk mata ku. Kau kerja, kau buatlah kerja dengan penuh fokus, dan berbaktilah kepada orang yang berkaitan. Semudah itu...

Anas Malik, jadilah seperti Anas Bin Malik, sahabat Rasulullah, taat pada perintah Allah, tajam akal fikiran, kuat hafazan, taat perintah Rasul, rajin, berbakti pada ibu bapa, menunaikan solat, dan berani melwan musuh Allah. Ketahuilah anakku, namamu sempena sahabat Baginda SAW, jadilah sepertinya, milikilah akhlaknya. (Tolong aminkan doa ini ya kawan2). Amiin..

0 comments:

Post a Comment

 

H3aRt_crIMe!!! Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template